Kisah Si Kucing
Kucing salah satu
haiwan peliharaan istimewa. Ia disebut oleh Bagindas.a.w - misalnya - melalui hadis yang diriwatkan oleh Muslim dan
Bukhari
Bermaksud:
Abdullah r.a
berkata yang Rasulullahsaw bersabda,
Seseorang
wanita diseksa Allah pada hari kiamat lantaran beliau mengurung seekor kucing
sehingga kucing itu mati lalu Allah memasukannya ke dalam neraka. Kucing itu
dikurung tanpa diberi makan dan minum dan tidak pula dilepaskan supaya ia dapat
mencari makanannya sendiri.
(Sahih
Muslim Jilit 4. Hadis bernombor 2097)
Saya bukanlah peminat kucing. Jika diberi
percuma pun saya tidak mahu memilikinya kerana geli dan tidak tahan dengan bau
najisnya.
Terdapat ramai rakan memiliki kucing yang
mahal harganya. Ada antara mereka mahu menghadiahkan ke anak kecil saya –
Elysya – kucing berbaka kacukkan Parsi yang sangat cantik. Namun saya menolak
sambil memohon maaf dan berterima kasih.
Elysya sering
kali berkata “Papa cantiknya kucing ini. Boleh saya memilikinya?”
Jawapan
saya konsesten. Kucing menyusahkan. Baunya busuk dan ia sangat susah hendak
dijaga.
Begitulah
rasa atau pandangan saya terhadap kucing.
Bertahun-tahun
begitu.
Namun - akhirnya –
Allah menghantar seekor kucing siam ke rumah. Kisahnya ringkas, tapi kekal
dalam ingatan.
Petang itu –
kembali dari pejabat – saya melihat seekor kucing siam berkeliaran di ruang
masuk rumah. Lalu tindakan saya sangat mudah, menghalau kucing tersebut supaya
keluar. Ia tidak berganjak. Bola matanya memandang tepat ke mata saya.
Meow..
meow.. meow..
Hati saya
terasa-rasa yang kucing ini meminta simpati. Namun perasaan saya pada kucing
tetap kekal sebagaimana sebelumnya sehinggalah Elysya muncul. Kucing tersebut
menghampiri kaki beliau.
“Elysya
rasa kucing ini lapar. Boleh Elysya beri ia makan?”
Saya diam, tapi
akhirnya mengizinkan. Usai memberi makan, Elysya berkata, “Kucing ini sungguh manja. Mungkin dia kepunyaan orang tetapi bolehkah
Elysya menjaganya untuk sehari dua?”
Ia
permintaan munasabah, dan Allah telah menggerakkan hati saya supaya bersetuju
dengan permintaan anak kecil ini. Masya-Allah…Subhanallah.. Allahhu Akbar, kini
kucing ini – Si Gebu – sudah bersama kami hampir setahun. Tiada jiran tetangga
yang kami tanya mengaku Si Gebu milik mereka.
Si Gebu pandai
bermain dan sungguh manja terutamanya dengan Elysya. Lama-kelamaan saya mula
mengasihinya dan mula pandai bermain denganya. Apabila pulang ke rumah, ia
bangun dan menundukkan kepalanya.
Hati
mana yang tidak tersentuh melihat seekor binatang mampu memberi hormat kepada
manusia. Agaknya mereka juga mempunyai hati dan perasaan yang kadangkala
melangkaui hati ini dan perasaan manusia yang mempunyai akal fikiran
Begitulah … saya
membalas kasih sayangnya dengan mengusap dan membelai lembut badan Si Gebu.
Akhirnya, rutin mudah ini menjadi terapi bagi mengurangkan tekanan selepas
kerja. Ia amalan yang menyukakan.
Dahulu Si Gebu
kurus dan bulunya tidak lebat. Elysyalah yang membawa saya ke kedai haiwan
peliharaan berhampiran rumah. Saya terkejut melihat banyaknya makanan dan
peralatan berkaitan kucing peliharaan dijual di sini.
Antara yang
menarik dan menyukakan hati saya ialah tempat pembuangan najis kucing. Ia mampu
menghindar bau busuk. Ia banyak menyelesaikan masalah saya terhadap kucing
peliharaan. Tidak hairanlah jika ramai pelanggan yang sanggup membeli barangan
kucing bernilai ratusan hingga ribuan ringgit demi kepuasan diri.
Allah ya Allah..
akhirnya saya membeli makanan, alat permainan dan tempat pembungan najis untuk
Si Gebu. Elysya gembira dan teruja. Beliau benar-benar gembira dengan perubahan
yang berlaku kepada saya sehinggakan sanggup membelikan kolar berloceng yang
cantik. Ia pilihan beliau.
Pilihan yang kami
beli juga membolehkan badan dan bulu kucing tersebut menjadi gebu, halus,
cantik, lembut dan lebat. Malah setiap dua bulan sekali kami membawanya
mendapatkan pemeriksaan kesihatan. Si Gebu sudah menjadi sebahagian daripada
ahli keluarga kami.
Jika
ditakdirkan pemilik asal muncul dan menuntut Si Gebu barangkali saya memikir
dua kali untuk menyerahkannya.
Kegebuan
dan kemanjaan Si Gebu membuatkan saya gembira dan suka menemani Elysya bermain
dengannya. Si Gebu menjadi pengantaraan untuk kami melakukan sesuatu yang
menjadi minat seisi keluarga.
Akhirnya… saya
mula memahami bagaimana menyayangi makhluk Allah merupakan perbuatan yang
dianjurkan dalam kehidupan sehari-hari termasuklah kepada binatang
Setiap makhluk
Allah berhak mendapat kebebasan dan ketenteraman dalam hidupnya. Menyeksa
binatang boleh menyebabkan kita terhumban ke dalam neraka sebagaimana yang
dinyatakan oleh hadis di atas.
Ia mengigatkan
saya bagaimana Nabi Muhammad mempunyai seekor kucing bernama Muezza yang
menjadi kesayangan Baginda. Menurut cerita, salah satu sifat muazza yang paling
Nabi suka ialah Muezza selalu mengiau ketika mendengar suara azan seperti
mengikuti alunan suara azan.
Ia sunnah yang
boleh diamalkan. Jauh disudut hati, saya berterima kasih kepada Elysya – anak kecil
– yang mengajar saya erti kasih sayang kepada haiwan dengan sifat simpatinya
kepada Si Gebu.
Kami memohon
keampunan-mu, ya Allah.
(Cerita ini dipatik dari buku : Usahawan Akhirat)
Menyemai benih di alam dunia. Menuai hasil di negeri akhirat.
(Cerita ini dipatik dari buku : Usahawan Akhirat)
Menyemai benih di alam dunia. Menuai hasil di negeri akhirat.
Comments
Post a Comment